Saturday, January 24, 2009

wanita yang mempertontonkan kecantikan



assalamualaikum...blog ni diciplak dari saudari yana utk di'refresh'kan balik..peace yauh!


Islam sangat prihatin bagi melindungi wanita daripada musibah hidup, dan daripada godaan syaitan. Islam menghendaki kaum wanita tetap suci, memiliki maruah, bebas merdeka, tidak mudah tergoda dan tidak membangkitkan nafsu berahi kaum lelaki. Sebab itu, Islam berpesan supaya wanita sopan dan melindungi auratnya daripada mata nakal manusia. Al-Quran pernah menjelaskan sifat-sifat wanita pada masa jahiliyyah dahulu apabila berbicara kepada isteri-isteri Nabi s.a.
w dengan firmany-Nya:

”Janganlah kamu berhias dan bertingkah seperti orang-orang jahiliyyah yang dahulu.
” (Al-Ahzab 33:33)

Yang dimaksudkan dengan mempertontonkan kecantikan kepada orang lain atau ’tabaruj’ di sini adalah hanya sekadar membuka dada atau punggung atau rambut sahaja. Tetapi tingkah laki wanita sekarang ini sudah melampau dan tidak punya rasa malu. Mereka sudah berani membuka aurat. Allah berpesan kepada Nabi-Nya s.a.w agar memerintah isteri dan puterinya serta isteri-isteri kaum mukminim agar menutup aurat dengan benar.
Yang demikian agar mereka tidak diganggu oleh ucapan atau perbuatan lelaki jahat:

”Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu dan isteri-isteri orang mukmin: ” Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh badan mereka.” Yang demikian itu lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.
: (Al-Ahzab 33:59)

Menurut Nabi Muhammad s.a.w seluruh badan wanita itu adalah aurat, terkecuali wajah dan sepasang tapak tangan.
Nabi bersabda:

”Seluruh badan wanita adalah aurat, kecuali wajah dan sepasang telapak tangannya jika aman fitnah.


Pada suatu hari, Asma’ binti Abu Bakar r.a. menemui Nabi s.a.w dengan berpakaian yang pendek bahagian bawahnya.
Nabi menegurnya:

”Hai Asma’. Sesungguhnya wanita jika sudah mencapai haid, maka tidak boleh diperlihatkan daripadanya, kecuali bahagian ini dan ini (seraya menunjuk wajah dan sepasang tangan).


Wanita yang mempamerkan kecantikannya bagaikan buah durian yang tengah dikerubungi oleh lalat. Adapun wanita yang mempunyai rasa malu, orang jahat pun akan enggan dan hormat kepadanya.


Al-Quran memberi pesan kepada kaum wanita agar menjauhi fitnah:

”Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada-Nya.

(An-Nur 24:31)

Yang dimaksudkan dengan kain tudung iaitu yang tidak pendek bahagian bawahnya dan menutupi bahagian-bahagian yang terbuka pada dada, punggung, rambut dan dua buah lengan.

2 comments:

Fráhÿnx Rõsè :) said...
This comment has been removed by the author.
ainakargO! said...

betul2...bkn di dunia saje..insyaAllah di akhirat kelak..

thx lapangkan mase utk membace dan komen ^^